Ahad, 13 September 2009

KENYATAAN MEDIA EXCO WANITA NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT

Tarikh: 12 September 2009



Kenyataan Media Bersama
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Jawatankuasa Wanita
dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak

KEKERASAN SEKSUAL DALAM APA JUA BENTUK MESTI DITOLAK


Lontaran berunsur ugutan dan ancaman untuk melakukan keganasan ke atas YB Rodziah Ismail ketika majlis dialog di antara Kerajaan Negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23, Shah Alam oleh mereka yang hilang pertimbangan untuk bersikap terbuka dan beradab dalam sebuah majlis dialog amatlah tidak wajar sama sekali.

Lontaran-lontaran sedemikian merupakan suatu kesalahan menurut undang-undang negara dan berlawanan dengan ketetapan konvensyen mengenai penghapusan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia (CEDAW).

Mereka yang bertanggungjawab dan dikenalpasti mengugut-cerca YB Rodziah Ismail mestilah disiasat dan dihukum jika didapati bersalah.


YB Puan Hjh Wan Ubaidah bt Omar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.
YB Lydia Ong Kok Fooi
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
YB Puan Hajah Siti Aishah Haji Ghazali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga, Wanita
dan Kebajikan.
YB Mohd Zainuddin Mohd Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan Negeri Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan