Rabu, 18 Mac 2009

Hi Tea : "Wanita Pemangkin Gaya Hidup Sihat"

Bersempena dengan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Wanita Bahagian Kelana Jaya telah menganjurkan satu majlis Hi Tea yang bertajuk "WANITA PEMANGKIN GAYA HIDUP SIHAT" pada 15 November 2008.

Majlis telah dirasmikan oleh Isteri kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah binti Tunut. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Wanita YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Selangor, YB Haniza Talha, dan ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan Isteri serta Ketua Bahagian Kelana Jaya Tn. Syed Shahir. Disamping itu seorang Pakar Perubatan daripada Klinik Perubatan Medi Nor, Datin Dr. Nor Azizah Mohd Taib telah sudi hadir untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kanser.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan telah mencapai matlamat kami untuk mengumpul Dana untuk mengerakkan aktiviti wanita di peringkat bahagian. Posted by Picasa

Ahad, 15 Mac 2009

KURSUS PIDATO WANITA KEADILAN SELANGOR



Kursus Pidato anjuran Wanita Bahagian Shah Alam bersama Biro Latihan dan Kepimpinan Wanita KeADILan Selangor telah diadakan pada 15 Mac 2009 bertempat di Bilik Berjaya, Hotel Calton Shah Alam. Kursus bermula dari pukul 8:30pagi sehingga 6:30 petang

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Puan Animah Ferrar. Penutup majlis telah diserikan dengan ucapan dari ADUN Kota Anggerik, YB Haji Yaakob Sapari. Pihak penganjur telah menjemput pakar motivasi terkenal daripada Pusat Latihan Pidato Professiona (PULAPI Pro), Yang Berbahagia Dato' Dr. Syed Ahmad Samsuddin Al-Sagoff untuk memberikan latihan kepada pimpinan wanita Selangor

Seramai 50 orang wanita Selangor telah menghadiri kursus ini. Modul kursus pada tahap pertama ini antara lainnya adalah:

  • Pengenalan Pidato
  • Menghilangkan ketakutan pentas (stage fright).
  • Teknik sebutan, menyusun topik, penyampaian berkesan


Pada 13 dan 14 Mac 2009, Biro Pilihanraya Wanita Selangor telah turun ke Perak untuk bersama-sama dengan Biro Pilihanraya Wanita Pusat, mengenalpasti dan mendapatkan maklumat terkini serta taklimat Pilihanraya Parlimen P059 Bukit Gantang daripada pengarah pilihanraya negeri Perak saudara Hj Ismail di bilik gerakan utama Bukit Gantang di Jalan Simpang, Taman Molek , Cangkat Jering.

Kami telah disambut dengan baik oleh ketua wanita bahagian Bukit Gantang pn Raja Haniza Raja Lope dan ketua Wanita Negeri Perak pn Patmawaty. Kami juga berjumpa dengan kumpulan muslilmat PAS kawasan Kampung Paya Baru.
Posted by Picasa

PIDATO KEBANGSAAN -Dato' Seri Anwar Ibrahim


Pada 8 Mac 209, Pidato Kebangsaan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.


Majlis ini berlangsung sempena ulangtahun pertama pemerintahan pakatan rakyat. Antara pemidato yang dijemput YB Saifuddin Nasution, Puan Irene Fernandez, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis YB Azmin Ali

Sambutan Maulidul Rasul di bahagian Kelana Jaya

AJK wanita bhg kelana jaya telah bersama-sama menjayakan majlis sambutan hari Maulidul Rasul pada 9 Mac2009 di Surau Al Azhar Desa Mentari bersama dengan ADUN Seri Setia dan isteri beliau selepas solat asar. Kontinjen perakan difahamkan adalah yang terbesar disertai penduduk pada kali ini.

Selasa, 10 Mac 2009

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2009





Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2009 pada 7 Mac yang lalu, satu sidang media telah diadakan di ruang legar 2, pusat membeli-belah Sunway Pyramid di Bandar Sunway. Tema wanita pada tahun ini adalah "KEMBALIKAN KEPADA WANITA, NIKMAT RASA SELAMAT" (Restore peace and security for women). Sambutan peringkat Negeri Selangor ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa tetap hal ehwal wanita, kebajikan dan kebudayaan. Program ini juga disokong oleh wanita Pakatan Rakyat dengan menyaksikan kehadiran pimpinan dari KeADILan, DAP dan PAS
Posted by Picasa
 
AMANAT HARAPAN BARU oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum, Parti KeADILan Rakyat telah diadakan pada 28 Februari 2009 bertempat di Quality Hotel sebagai program 'suntikan semangat' kepada ahli parti. Seluruh pimpinan Induk, Wanita dan AMK - MPT, Negeri-negeri dan Bahagian-bahagian telah dijemput untuk menghadiri Taklimat tersebut.
Posted by Picasa

Taklimat Dari Ketua Wanita Pusat

 

taklimat dari Ketua Wanita Pusat telah diadakan di Quality hotel pada 28 Februari lepas dengan dihadiri oleh EXCO-EXCO wanita Pusat, Ketua-ketua Wanita dan Setiausaha-setiausaha Wanita Negeri. Wanita KeADILan mengalu-alukan kehadiran pimpinan baru Sabah dan Sarawak dengan mengadakan sesi suai-kenal. Antara pengisian taklimat adalah pemantapan biro pilihanraya dan sayap Serikandi
Posted by Picasa

Isnin, 9 Mac 2009

Kursus Pembudayaan Kepimpinan Usahawan



Pada tarikh 20-22 Februari, 2009, Wanita Keadilan Negeri Selangor telah mengadakan Kursus "PEMBUDAYAAN KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN 2009". Kursus tersebut telah diadakan di KEM BINA SEMANGAT, YAYASAN SELANGOR, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Latihan & Pembangunan Insan Nusantara. Pada akhir kursus tersebut, YB Tuan Hj. Yaacob /sapari selaku exco Usahawanan Negeri selangor telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Wanita Selangor mengucapkan tahniah kepada keseluruhan peserta, khasnya kepada kumpulan 'JANGAN PANDANG BELAKANG' kerana menjadi juara kumpulan