Bersempena dengan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Wanita Bahagian Kelana Jaya telah menganjurkan satu majlis Hi Tea yang bertajuk "WANITA PEMANGKIN GAYA HIDUP SIHAT" pada 15 November 2008.
Majlis telah dirasmikan oleh Isteri kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah binti Tunut. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Wanita YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Selangor, YB Haniza Talha, dan ADUN Seri Setia YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad dan Isteri serta Ketua Bahagian Kelana Jaya Tn. Syed Shahir. Disamping itu seorang Pakar Perubatan daripada Klinik Perubatan Medi Nor, Datin Dr. Nor Azizah Mohd Taib telah sudi hadir untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kanser.
Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan telah mencapai matlamat kami untuk mengumpul Dana untuk mengerakkan aktiviti wanita di peringkat bahagian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan