Khamis, 15 Oktober 2009

Kenyataan akhbar berhubung tindakan disiplin terhadap Mahasiswa UM

*Kenyataan akhbar oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Oct 14, 2009
01:01:24 pm

Saya kecewa dan sedih apabila dimaklumkan bahawa terdapat beberapa orang mahasiswa Universiti Malaya yang diambil tindakan disiplin kerana melakukan "jenayah" mengundang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk saya bagi mengisi undangan mereka di kampus.

Tiga orang pimpinan mahasiswa yang cuba didakwa melakukan jenayah tersebut adalah Haafizuddin Abirerah, 24 dan Abu Ubaidah Amir Abd Malek daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) serta Chang Keng Fai, 21 daripada Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PMCUM).

Ketiga-tiga mahasiswa ini dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti. Mereka telah dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Dakwaan ini adalah rentetan daripada keputusan PMIUM menjemput saya bagi merasmikan Program Muktamar Tahunan mereka pada Februari lepas, manakala PBCUM telah menjemput Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok sebagai pengadil debat mereka pada Ogos lepas bersama-sama bekas Ahli Parlimen Kota Melaka MCA Wong Nai Chee dan wartawan Koh Kok Wee.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti ini adalah amat mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi di ambang peperiksaan universiti. Tindakan ini secara jelas bercanggah dengan kebebasan akademik dan juga hak untuk berpersatuan. Saya secara telus menyatakan bahawa tidak ada yang saya sampaikan dalam ucapan saya yang menggangugugat keselamatan awam dan negara.

Tindakan yang diambil oleh pentadbiran universiti ini adalah mungkin disebabkan pandangan mereka yang merasakan bahawa saya dan Teresa tidak layak untuk menyertai program universiti tersebut. Namun demikian sentimen ini adalah meleset apabila universiti lain bersedia untuk menerima kehadiran saya untuk memberi ucapan dengan tangan terbuka termasuklah Universiti California di Berkeley, Universiti Stanford, Universiti Essex dan the School of Oriental and Asian Studies, London, selain IPT UNISEL dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Insiden ini menyentuh saya secara peribadi memandangkan sebelum ini berlaku sabotaj dalam program tersebut dan kini PMIUM berhadapan dengan risiko didakwa jenayah universiti membabitkan saya. Ini secara jelas bercanggah dengan prinsip keadilan.

Saya kemudiaannya terpaksa membuat sidang media dengan harapan umum mengetahuinya dan pada masa yang sama saya telah menulis surat secara peribadi kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Malaya. Selain dari jawapan daripada Kementerian bahawa mereka akan menyiasat aduan saya, tiada tindakan lanjut. Peristiwa ini membuktikan keadaan pendidikan Malaysia masih tidak banyak berubah di sebalik keyakinan yang digambarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Adalah menjadi sesuatu yang merugikan bagi sebuah universiti seperti UM yang diterima kembali sebagai salah sebuah 200 universiti terbaik dunia dalam senarai pendidikan tinggi Times berkelakuan seperti ini.

Tidak kira apakah perasaan peribadi pihak berkuasa terhadap saya dan rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan perjuangan kami, tidak wajar mereka menjejaskan masa depan tiga mahasiswa berpotensi ini.

Saya dengan ini menggesa dan menyeru pihak pentadbiran universiti untuk menggugurkan segala tuduhan terhadap ketiga-tiga mahasiswa ini. Saya juga ingin merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin untuk campur tangan dalam hal ini atas nama keadilan dan kebenaran.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> PESUGIHAN TOGEL

    BalasPadam