Khamis, 19 Februari 2009

kenyataan media Ketua Wanita Keadilan Selangor


18 FEBRUARI 2009
Wanita Keadilan Selangor menolak sebarang bentuk politik murahan oleh pihak lawan yang menggunakan serangan peribadi sebagai kaedah mendapat sokongan dan menjatuhkan parti lawan.

Situasi yang menimpa salah seorang daripada kepimpinan Wanita Keadilan iaitu YB Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan adalah satu penganiayaan dan pelanggaran terhadap haknya sebagai individu.

Wanita Keadilan Selangor menghormati keputusan YB Elizabeth untuk meletak jawatan sebagai Exco dan juga ADUN. Namun taktik menjatuhkan ahli politik dengan cara yang tidak beretika itu tidak boleh diberi ruang dan mesti ditolak sekeras-kerasnya.

Mana-mana pihak yang cuba menggunakan cara keji tersebut untuk mendapat sokongan politik mesti dikecam, disiasat dan apabila sabit kesalahan mesti dihukum. Jika perbuatan begini tidak dibendung, satu hari nanti perbuatan menjatuhkan ahli politik menggunakan konspirasi politik murahan sebegini akan menjadi budaya dan amalan buruk yang menjejaskan demokrasi yang sihat.
Wanita Keadilan Selangor menyeru kepada semua rakyat Selangor khususnya wanita, supaya menolak dan mengecam dengan sekeras-keras mana-mana ahli politik yang cuba menggunakan isu ini sebagai bahan kempen bagi meraih sokongan dan populariti dari rakyat.

HANIZA MOHD TALHA
KETUA WANITA KEADILAN SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT

Selasa, 17 Februari 2009

Kenyataan Media Dari Ketua Wanita KeADILan



Wanita KeADILan mengutuk sekeras-kerasnya taktik keji, kotor dan mencemar nama baik mana-mana wakil rakyat wanita atau lelaki dari mana-mana kumpulan atau parti politik tanpa kewajaran yang munasabah. Gambar-gambar peribadi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat telah diedar dan disebarkan kepada orang ramai, khususnya wartawan, sejak semalam. Tindakan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini melangggar hak asasi wanita dan merendahkan hak kemuliaaan insan. Tindakan ini merupakan satu gangguan seksual yang boleh didakwa di Mahkamah.

Wujud juga precedent Mahkamah untuk mensabitkan kesalahan merakam tanpa izin dalam kes yang melibatkan seorang artis Malaysia. Pesalah telah dihukum penjara.

Negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi, sosial dan politik. Kemelut ekonomi menunjukkan kadar pengangguran yang meningkat, pemberhentian pekerja yang terus bertambah dan permintaan pasaran yang menjunam. Gejala-gejala sosial semakin ketara dan membimbangkan. Permainan kotor yang menimpa wakil rakyat wanita Pakatan Rakyat ini berniat jahat sekaligus menambahkan kekusutan suasana politik negara. Perbuatan dalang-dalang politik ini sengaja mencipta isu-isu remeh yang bertujuan melencongkan perhatian wakil rakyat dari menjaga kepentingan dan urusan rakyat.

Wakil-wakil rakyat seharusnya menitikberatkan isu-isu yang mencengkam rakyat seperti pemilikan tanah, perumahan yang mengecewakan, kos kehidupan yang tinggi, masalah kemiskinan rakyat yang telah meningkat dan seribu satu permasalahan rakyat.

Apakah motif tindakan yang menjatuhkan maruah ini? Adakah ia suatu tindakan yang bermotif politik?

Adakah ini juga salah satu siri dalam gerakan mencemar maruah wakil-wakil rakyat negeri Selangor yang mempunyai tujuan tertentu?

Pembelaan dan siasatan rapi yang profesional adalah dituntut daripada pihak polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini diheret ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Pencabulan hak asasi dan peribadi ahli politik atau mana-mana rakyat bukanlah adat dan amalan bermasyarakat yang murni dan berakhlak mulia. Rakyat Malaysia yang beradab dan sedar perlu bangkit dan bersatu mengecam perbuatan durjana yang memalukan ini.


Hajah Zuraidah Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan
16 Februari, 2009

Media Statement by YB Elizabeth Wong


PRESS RELEASE
17 Feb 2009
The events of the past two days have shown an insidious and underhanded attempt by certain quarters to smear my reputation. My personal life and privacy have been violated.
These people have conspired to undermine my credibility both as a Selangor State Exco Member as well as a Keadilan leader. Although the smear campaign directed towards me has caused me a lot of anguish, I am aware that the real objective is to discredit Parti Keadilan Rakyat.

I have done nothing wrong.
I wish to state that I am not ashamed of my sexuality as a woman and as a single person. I have broken no law. I stand by the fundamental principle in a democracy that everyone has a right to privacy.
Parti KeADILan Rakyat stands for ‘new’ politics that holds justice and human rights as core values which transcend gender, ethnicity and class. ‘New’ politics also means we rise above gutter politics.
It is precisely this that I believe that these attacks will continue with greater intensity, and I have no doubt that Umno and Barisan Nasional will continue to manipulate the situation. Accordingly, I have decided to make a stand, in the interest of the party and its struggle for the people.
I have received overwhelming support from my family, my constituents, Pakatan Rakyat colleagues, friends and the general public. However, in the interest of my party, I have decided to offer my resignation as a Selangor State Exco Member as well as the State Assemblywoman for Bukit Lanjan. I will discuss with the Menteri Besar to arrange for the proper handover of my responsibilities. I will continue to serve the people and fight for justice in Malaysia.
Last but not least, I am very grateful to the people who have placed their trust in me and my party, and I thank them for the opportunity that they have given me to serve. Words cannot possibly express my eternal gratitude to outstanding staff members and fellow ADUNs, and most of all, my Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who has given me his unwavering support and the opportunity to work with him.

If I have let anyone down or offended anyone, I offer my sincere apologies.

ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment

Ahad, 8 Februari 2009

Taklimat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Taklimat program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah diadakan pada hari
Ahad, 8hb Feb 2009 bertempat di kediaman Menteri Besar Selangor. Beberapa orang pegawai telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai program-program kerajaan Negeri Selangor.
Antaranya:-
1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) oleh Cik Maizatul
2. Skim Mesra Usia Emas/OKU oleh Encik Mohd Idzham dari Rantaian Mesra Sdn Bhd
3. Pusat Krisis Sehenti (One stop crisis center-OSCC) oleh IR. Puan Endok Sempo, Pengerusi WIRDA Selangor

Bahan-bahan terbitan juga telah diedarkan antaranya poster, risalah, borang-borang dan cenderamata.





Wanita KeADILan Selangor telah mengadakan mesyuarat Bil 2/2009 pada tarikh dan tempat yang sama.